sktkj-jalal.zoom-a.com
Laman Peribadi
Jalaluddin bin Mispan @ Mislan

E-mel : sktkj-jalal@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PERTANDINGAN | GALERIKU 1 | GALERI FOTO | KATA HIKMAT | PAUTAN | BUKU PELAWAT | GALERI KHAT | DAKIM | INFO AGAMA | INFO KESIHATAN | BERITA | FAKTA MENARIK | FALSAFAH DIRI | DAKIM | GALERIKU 2 |

  DANA AHLI KELUARGA IBNU MISPAN (DAKIM)

 01         MUQADDIMAH

Penghidupan di alam serba canggih ini menuntut kita bijak dalam pengurusan kekeluargaan demi mencapai kecemerlangan yang seimbang dalam membentuk sesuatu organisasi kekeluargaan. Justeru itu, tanpa persefahaman, kerjasama dan kolaboratif dari pelbagai pihak boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan itu sendiri bilamana ada dikalangan ahli keluarga tidak dapat pembelaan dan kerjasama dari ahli keluarga yang lain. Sehubungan itu, satu usaha yang murni perlu difikirkan untuk merancang, membina, mencorak dan menunjuk arah melaksanakan pelbagai aktiviti bagi mencapai keluarga bahagia yang disayangi. Maka lahirlah idea untuk mewujudkan “Dana Keluarga”.

02               MATLAMAT

2.1                         Membina sebuah keluarga yang sentiasa bersyukur

2.2                         Menanam sikap sayang menyayangi antara satu sama lain

2.3                         Membina Dana Keluarga yang boleh dinikmati bersama

2.4                         Membina keyakinan sesama ahli keluarga dalam pelbagai bidang

2.5                         Menanam sikap berkerjasama, sehati sejiwa, bertolak ansur

                        serta ‘give and take’.

03               OBJEKTIF

3.1     Meningkatkan penerapan nilai-nilai  murni dan budaya  kecemerlangan 

          dalam setiap keluarga.

3.2     Memimpin dan membantu ahli keluarga meningkatkan persefahaman  

          dan kerjasama

3.3     Meningkatkan jalinan permuafakatan dan komunikasi yang berkesan.

3.4     Mewujudkan hubungan dan sokongan komuniti yang cemerlang.

3.5     Mewujudkan Dana Keluarga yang kuat dan kukuh untuk kepentingan 

          semua ahli keluarga yang memerlukannya.

04            AHLI JAWATANKUASA DAKIM

4.1             Penaung / Penasihat 1       - Haji Mispan @ Mislan bin Jais

Penasihat 2                           - Hajah Jeminah binti Abdul Kassim

4.2             Pengerusi                              - Jalaluddin bin Mispan @ Mislan

4.3             Naib Pengerusi                    - Jailani bin Mispan @ Mislan 

4.4             Setiausaha                            - Jafaruddin bin Mispan @ Mislan

4.5             Bendahari                              - Johari bin Mispan @ Mislan

4.6             Ahli Jawatankuasa (semua ahli selain Jawatankuasa di atas

05      SASARAN

           Semua ahli keluarga DAKIM (termasuk menantu dan cucu)

                

06        DANA PELABURAN

Fasal 1

1.1                 Dana Pelaburan bermaksud ‘Dana Keluarga’ yang diberi nama “Dana Ahli Keluarga Ibnu Mispan al-Haj” (DAKIM), atau lain-lain nama yang difikirkan sesuai.

1.2                Setiap ahli keluarga perlulah menyumbangkan sejumlah wang sebagai pelaburan yang disepakati bersama setiap bulan.

1.3                 Dengan itu semua ahli akan dapat manfaat darinya jika diperlukan setelah tempoh matang.

1.4                 Adalah dicadangkan beberapa pakej jumlah pelaburan tersebut seperti di bawah :

PAKEJ - A

i                 Setiap ahli DAKIM yang sudah berkeluarga perlu menyumbangkan                    sebanyak Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja setiap bulan.

ii                Manakala ahli yang belum berkeluarga perlu menyumbangkan     sebanyak Ringgit Malaysia: Dua Puluh Lima Sahaja setiap bulan.

PAKEJ - B

i                 Setiap ahli DAKIM yang sudah berkeluarga perlu menyumbangkan sebanyak Ringgit Malaysia: Dua puluh Sahaja setiap bulan untuk seorang anak.

ii                Manakala ahli yang belum berkeluarga perlu menyumbangkan    sebanyak Ringgit Malaysia: Dua Puluh Sahaja setiap bulan.

Fasal 2

2.1                Tempoh matang DAKIM adalah setahun

2.2                 Setiap keluarga boleh/dibenarkan mengeluarkan DAKIM sebanyak 70% dari jumlah pelaburan setelah tempoh matang dengan persetujuan semua ahli setelah dimesyuaratkan.

2.3                 Manakala 30% dimasukkan kedalam akaun DAKIM untuk tujuan lain-lain aktiviti dan keperluan semasa.

2.4                 Jika ahli keluarga tidak mengeluarkan pelaburannya setelah genap tempoh matang maka jumlah pengeluarannya meningkat sewaktu ia memerlukannya kelak.

2.5                 Lagi lama seseorang ahli itu menyimpan maka dengan sendirinya jumlah pelaburannya meningkat semasa pengeluaran dibuat.

2.6                 Jika ada ahli keluarga yang ingin membuat sesuatu pinjaman perlulah mengisi borang yang disediakan dan dapatkan kebenaran dari Ahli Jawatankuasa Tertinggi.

2.7                Permohonan sebarang pinjaman perlulah dimesyuaratkan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi untuk diluluskan.

2.8                 Jumlah yang dibenarkan untuk meminjam adalah 60% dari jumlah keseluruhan pelaburan bagi setiap ahli.

2.9                 Peminjam hendaklah melunaskan hutangnya berdasarkan persetujuan yang dibuat.

Fasal 3

3.1                DAKIM akan dimasukkan kedalam Bank setiap bulan oleh Bendahari yang dilantik.

3.2                Orang yang boleh mengeluarkan DAKIM adalah terdiri daripada Penasihat, Pengerusi dan Bendahari sahaja.

3.3                 Sebarang pengeluaran hendaklah dipohon dengan mengisi borang yang disediakan.

3.4                 Pelaburan yang dibuat oleh semua ahli dapat dikembangkan dengan memperbanyakkan dana harta DAKIM dari masa ke semasa.

3.5                 Sebarang sumbangan derma kewangan boleh dikeluarkan setelah mendapat kelulusan dari semua ahli DAKIM mengikut jumlah yang dipersetujui.

3.6                Sebarang sumbangan derma tidak perlu dikembalikan semula.

3.7                Dan lain-lain yang difikirkan perlu kemudian.

Fasal 4

4.1                 Ahli Jawatankuasa Tertinggi perlu memikirkan cara yang sesuai untuk menambah aset/harta DAKIM dari masa ke semasa.

4.2                 Ahli-ahli yang lain juga digalakkan memberikan sebarang idea untuk memajukan DAKIM.

07        AKTIVITI

7.1                         Hari Keluarga (Setiap tahun)

7.2                         Hari Kenduri Arwah Keluarga (Ikut keperluan)

7.3                         Hari Kenduri Kesyukuran / Keraian (Ikut keperluan)

7.4                         Kunjungan Marhaban Keluarga (Hari Raya setiap tahun)

7.5                         Ibadah Aqiqah dan Qurban Keluarga (Ikut keperluan)

7.6                         Lawatan / Ziarah / Riadah / Melancung / Bercuti (Ikut keperluan)

7.7                         Mesyuarat DAKIM 4 bulan sekali (April, Ogos dan Disember) 

7.8                         Mesyuarat-mesyuarat khas jika diperlukan (sepanjang tahun)

7.9                         Usrah & Tazkirah Keluarga (Bulanan @ Lain-lain cadangan)

7.10                     Dan lain-lain yang difikirkan perlu kemudian

8        PENYIMPANAN DAN PENGELUARAN DAKIM

8.1                         Setiap pelaburan hendaklah diberikan kepada Bendahari yang dilantik selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan mengikut jumlah yang dipersetujui.

8.2                         Bendahari akan memasukkan wang pelaburan tersebut kedalam Bank yang dilantik.

8.3                         Penasihat 1, Pengerusi dan Bendahari adalah penama bagi bank yang dilantik.

8.4                         Bendahari perlulah kemaskini buku keluar masuk dan menyediakan penyata kewangan setiap kali mesyuarat diadakan.

8.5                         Sebarang pengeluaran hendaklah mendapat persetujuan semua ahli terlebih dahulu.

9        LAIN-LAIN

9.1            Segala aktiviti yang hendak dijalankan hendaklah mendapat

                  persetujuan dari semua ahli DAKIM terlebih dahulu.

10   PENUTUP

Semuga usaha ini akan diberkati dan mendapat sokongan dari semua ahli.

Sekian, Terima kasih.

Disediakan oleh :

(JALALUDDIN BIN HJ. MISPAN @ MISLAN)

Pengerusi DAKIM

46 JALAN SS 8,

TAMAN SRI SAUJANA,

      81900 KOTA TINGGI.

013-7575812 @ 07-8827473



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: