|
||||||||||
Maulidur rasul s.a.w. 1- PENGENALAN Nabi Muhammad s.a.w diutuskan sebagai Rasul terakhir. Tidak ada lagi Nabi atau Rasul selepasnya. Baginda bersifat dengan sifat kemuliaan yang tidak pernah dimiliki oleh sesiapa pun di muka bumi ini. Ia bertugas menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh umat manusia. Menyelamatkan mereka daripada kesesatan dan tidak mengakui kekuasaan Allah sebagai pencipta kepada sekelian makhluk. Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang manusia yang paling dikasihi oleh Allah dan menjadi penghulu kepada sekalian Nabi dan Rasul. Allah mahukan semua manusia supaya mencontohi sifat-sifatnya. 2- DETIK KELAHIRAN. Waktu fajar 12 Rabiul Awal. Tahun Gajah. Bersamaan 12 April 571 (M), satu kumpulan wanita telah diutus oleh Allah bersiap sedia di sisi Aminah. Mereka ialah Asiah isteri Firaun, Maryam binti Imran, ibu Nabi Isa a.s dan diiringi bidadari-bidadari dari syurga. Saatnya telah tiba. Aminah melahirkan seorang putera, bercahaya gilang-gemilang, kedua-dua tangannya bertelekan di muka bumi, kepalanya mendongak ke atas, kedua matanya merenung tajam ke arah langit, keadaannya berbau harum, bersih berseri-seri, sudah siap dikhatankan dan sudah siap dipotong tali pusatnya. Semuanya ini dilakukan sepantas kilat oleh petugas-petugas istimewa dari syurga. Abdul Mutalib yang sedang tawaf di Kaabah segera mendapatkan cucunya itu, dibawa masuk ke dalam Kaabah.Ia berdiri sambil berdoa dan bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang baharu sahaja diterima itu. 3- MENGENAL FIZIKAL RASULULLAH (S.A.W) Adalah diceritakan bahawa pertumbuhan jasmani Rasulullah s.a.w sehari sama dengan pertumbuhan kanak-kanak biasa sebulan. Usia tiga bulan boleh berdiri. Lima bulan pandai berlari. Sembilan bulan pandai bertutur dengan lancar dan fasih. Di antara dua belikatnya terdapat tanda khatamun Nubuwah yang sentiasa memancar dan dapat dikesan oleh orang yang memandangnya. Baginda membesar dengan wajah yang berseri-seri. Cahaya wajahnya sentiasa bersinar seperti bulan purnama. Tinggi perawakannya. Kulitnya putih kemerah-merahan. Luas kedua-dua belah matanya. Kening dan bulu matanya melengkung indah. Tajam dan putih bersih giginya. Lebar sedikit mulutnya. Mulus pipinya bersih. Hidungnya mancung indah. Tangannya lembut bagaikan sutera. Bidang bahunya lebar. Kukuh kedua belah tangannya. Kuat tulang-tulang sendinya. Sedikit daging di tumitnya. Tebal janggutnya. Rambutnya terurai kemas mencecah bahu. Peluhnya bagaikan butiran mutiara, sentiasa berbau wangi. Tenang setiap langkah bejalannya, agak sedikit tunduk seolah-olah orang sedang berjalan menurun bukit. Apabila Baginda berjabat tangan, tinggallah bau semerbak di tangan orang yang dijabatnya sepanjang hari. Apabila Baginda mengusap kepala kanak-kanak maka akan segeralah diketahui sentuhan itu kerana baunya yang semerbak mewangi. 4- MENGENAL PERIBADI RASULULLAH S.A.W. Adalah Rasulullah s.a.w itu seorang yang pemalu dan rendah hati. Baginda menjahit sendiri kasutnya yang rosak, menampal bajunya yang koyak, memerah susu kambingnya sendiri dan suka membantu kerja-kerja rumah tangga dengan senang hati. Baginda amat kasih kepada fakir dan miskin, mahu sahaja duduk bersama mereka, fakir miskin yang sakit segera dijenguk, jenazah mereka dihantar sampai ke kuburan. Baginda tidak pernah memandang rendah walaupun betapa sengsaranya mereka. Baginda sentiasa bersifat pemaaf. Tidak pernah menyakiti hati orang. Mahu sahaja berjalan dan menghormati orang-orang tua, perempuan-perempuan dhaif dan juga hamba-hamba sahaya. Baginda tidak pernah melutut kepada raja-raja. Marahnya hanya kerana Allah dan sukanya juga hanya kerana keredhaan Allah. Apabila berjalan Baginda berada di belakang sahabat dan di belakangnya pula diiringi oleh para Malaikat. Baginda juga pernah menunggang unta, kuda lumba,baghal, dan himar hadiah orang kepadanya. Pandangannya terhadap kekayaan dunia sangat istimewa. Pernah gunung Uhud menawarkan diri menjadi emas untuk Baginda namun ditolaknya. Pada hal ketika itu Baginda sedang mengalas perutnya dengan seketul batu kerana kekurangan makanan. Baginda amat sedikit sekali bercakap sia-sia. Sentiasa mendahului mengucapkan salam kepada sesiapa yang ditemuinya. Panjang solatnya. Pendik khutbah Jumaatnya. Baginda sentiasa bergaul mesra, pernah berjenaka kepada isteri-isterinya dan sahabat-sahabatnya. Baginda tidak pernah sekali membalas kejahatan dengan kejahatan. Apabila dicaci maki, Baginda membalas cacian itu dengan kata-kata yang sangat lembut dan senang didengar oleh semua orang. Sesungguhnya, peribadi dan akhlak Rasulullah s.a.w itu sangat mulia dan luhur. Baginda pernah bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya aku diutus ke dunia ini adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. 5- SEDUTAN PERISTIWA. 1 Pada hari kelahiran Rasulullah s.a.w. Abrahah bersama 60.000 orang tentera dan 1,000 ekor gajah telah dibinasakan oleh Allah melalui peristiwa Ababil. 2 Halimah As- Saadiah menyusui dan mengasuh Nabi sahingga berusia 4 tahun. 3 Usia 4 tahun Baginda dibawa oleh ibunya ke Madinah menziarahi pusara ayahandanya. Dalam perjalan pulang bondanya wafat. 4 Usia 6 tahun datuknya wafat. Baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib. 5 Usia 12 tahun Abu Talib membawa baginda ke Syam. Seorang Padri Yahudi menasihati Abu Talib supaya membawa Baginda pulang kerana ditakuti akan dibunuh oleh orang-orang Yahudi. 6 Usia 25 tahun Baginda berkahwin dengan Khadijah bt Wahab. 7 Usia 35 tahun Baginda diberi penghormatan kerana menyelesaikan perbalahan kaun mengenai Hajar Aswad. 8 Usia 40 tahun diangkat menjadi Rasul 9 Usia 51 tahun berlaku peristiwa Isra’ Mi’raj 10 Usia 52 tahun baginda berhijrah ke Madinah. Peristiwa tersebut dijadikan sebagai permulaan tahun Hijrah. 11 Usia 63 tahun Baginda wafat. Iaitu pada 12 Rabiul Awal 11 tahun selepas hijrah 6- ORANG-ORANG QURAISYI MENENTANG NABI. Orang-orang musyrik berusaha sedaya upaya menentang dan menghentikan seruan Baginda. Mereka sangat marah dan membenci Nabi dan pengikut-pengikutnya. Mereka menghalang orang Islam beribadat. Orang kuat mereka ialah Abu Jahal dan Abu Lahab. Pernah Baginda ditawarkan dengan harta kekayaan, pangkat yang tinggi dan berbagai-bagai tawaran lagi supaya Baginda berhenti mengembangkan Islam, namun semua tawaran itu ditolak. Pembesar-pembesar meraka bertambah marah dan bertindak melakukan kekejaman terhadap penganut-penganut Islam. Antara orang-orang yang diseksa ialah:- 1 Abu Bakar Al – Siddik telah dipukul dan dipijak-pijak hingga berdarah-darah. 2 Osman bin Affan telah diikat kedua tangannya ke tengkuk dan dihalau dari ahli keluarganya. 3 Bilal bin Rabah diikat tangan dan kakinya kemudian disebat dan jemur di tangah 4 Yasir dan keluarganya syahid kerana rumahnya dibakar. 5 Syamiah isteri Yasir diikat dan dijemur di 6 Zunairah seorang hamba Abu Jahal dicucuk matanya dengan kejam hingga buta. 7 Abdullah bin Masud dipukul hingga berlumuran darah ketika sedang membaca Al-Quran di dalam masjid. Ramai lagi orang-orang Islam yang diseksa dengan berbagai-bagai seksaan yang mengerikan supaya mereka kembali kepada agama menyembah berhala, tetapi semuanya gagal. Orang-orang Islam tetap teguh berpegang dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. walaupun mereka terpaksa menghadapi berbagai penderitaan. 7- ASAS AJARAN YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH S.A.W. Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan ajaran Islam kepada semua manusia. Mereka diminta meninggalkan perbuatan menyembah berhala. Mereka diajar supaya menyembah Allah tuhan yang asa. Mereka dididik dan diajar melakukan perkara-perkara yang baik dan meninggalkan perbuatan-perbuatan yang jahat. Mereka diajar supaya beriman dengan perkara-perkara berikut:- 1. Beriman kepada Allah 2. Beriman kepada Malaikat. 3. Beriman kepada Rasul. 4. Beriman kepada Kitab. 5. Beriman kepada hari Kiamat. 6. Beriman kepada Qadhak dan Qadar. Orang-orang yang telah beriman diajar dan dilatih pula supaya melakukan perkara-perkara berikut:- 1. Mengucap dua kalimah syahadat 2. Mendirikan solat 3. Puasa di bulan Ramadhan. 4. Mengeluarkan Zakat 5. Menunaikan fardhu Haji. Disamping itu juga penganut-penganut Islam diajar, dididik dan dilatih supaya memiliki peribadi yang mulia dan terpuji serta berakhlak tinggi. Antaranya ialah:- 1. Sentiasa bersabar. 2. Sentiasa bercakap benar. 3. Sentiasa jujur dalam semua hal. 4. Sentiasa bersifat Amanah. 5. Sentiasa hurmat ibu bapa dan orang yang lebih tua. 6. Sentiasa bertawakal kepada Allah. 7. Sentiasa menepati janji. 8. Sentiasa merendah diri. 9. Baik hati. 10. Pemaaf dan lain-lain lagi 8- MU’JIZAT RASULULLAH S.A.W. Mu’jizat ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada para nabi dan rasul sebagai bukti kebenarannya. Antara mu’jizat yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah:- 1. Mendampingkan cahaya bintang Zuhrah ke dalam diri Rasulullah s.a.w sejak dari mula Baginda dilahirkan. 2. Cahaya terang benderang diseluruh daratan dan pergunungan tanah Haram Mekah. 3. Berubah segala penderitaan dan kesusahan ibu susunya kepada kebahagiaan dan kesejahteraan. 4. Dilindungi oleh awan dari cahaya panas matahari ketika berjalan di tengah padang pasir. 5. Dibelah dadanya oleh dua Malaikat, dikeluarkan daripadanya gumpalan darah beku berwarna hitam, diganti dengan hikmah dan dipenuhi dengan keimanan. 6. Memberi makan dan minum kepada orang ramai dengan hanya makanan dan minuman yang sidikit tetapi cukup. 7. Boleh melakukan sesuatu yang luar biasa dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran seperti yang berlaku ketika rumah Baginda dikepung oleh orang-orang kafir yang hendak membunuhnya. 9- PENUTUP. Sempena menyambut hari keputeraan Baginda Rasulullah s.a.w ini marilah kita tingkatkan keimanan dan rasa cinta dan kasih kita kepada Baginda dengan mengerjakan segala ajaran yang dibawanya. Tinggalkan segala larangan dan tegahannya. Cekalkan hati menghadapi kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Jangan biarkan diri terhumban jauh ke dalam perbuatan-perbuatan maksiat dan dosa. Allah akan membalas segala perbuatan yang kita lakukan semasa hidup ini. Baik dibalas dengan baik dan begitulah sebaliknya.
ISRA’ MI’RAJ 1. PENGENALAN Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis dan terus ke langit yang ke tujuh atas jemputan Allah S.W.T kepada kekasihnya Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W semata-mata menerima arahan dan perintah sembahyang – Rukun Islam yang ke dua. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada malan Isnin 27 Rejab 11 Tahun kenabian, bersamaan 622 tahun Mishi. Nabi pada masa itu berusia 51 tahun. Baginda ditemani oleh Jibril, Mikail dan Buraq ( binatang syurga ). Dalam Perjalanan malam itu Baginda diperlihatkan 17 kejadian yang menggambarkan umatnya yang mungkar dan yang membuat kebajikan. Dalam Mi’rajnya Baginda diketemukan dengan para nabi-nabi sebelumnya dan diperlihatkan syurga dan neraka serta penghuninya. Peristiwa yang berlaku sebelum Isra’ dan Mi’raj Nabi. 1. Isteri Baginda Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib meninggal dunia. - Nabi dipulau dan mendapat tentangan dari kaum Quraisy - Nabi dicabar oleh pembesar-pembesar Quraish melakukan perkara diluar kemampuannya - Tahun tersebut merupakan tahun dukacita 2. Sebelum Nabi di Isra’ dan Mi’raj malaikat Jibril bersama Mikail membelah dada Nabi. - Dicuci dengan air Zam-Zam - Dimasukkan dengan Iman. Islam. Hikmah. Sabar. Berani dan Ilmu. 3. Setelah itu Allah mendatangkan Buraq sebagai kenderaan Baginda dalam perjalanan Isra’ dan Mi’raj tersebut Dalam perjalanan. Nabi berhenti dibeberapa tempat dan solat dua rakaat: a) Yathrib, sekarang Madinah b) Madyan tempat nabi Musa bermunajat c) Baitulaham tempat kelahiran nabi Isa A.S d) Baginda sampai di Masjidil Aqsa solat dua rakaat, menjadi imam kepada roh para ambia’. Jibril memberikan tiga gelas minuman yang berisi air anggur, madu dan susu. Baginda memilih susu. Peristiwa yang diperlihatkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi disepanjang perjalanan Isra’ dari Masjidil Haram Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Muqadis..
2- PERJALANAN MI’RAJ Setelah solat bersama roh para ambia’ dan malaikat, Allah turunkan tangga emas dari syurga sebagai laluan Nabi naik ke langit ditemani oleh Jibril. Dalam perjalanan, Nabi bertemu:- * Nabi Adam a.s di langit pertama * Nabi Isa a.s dan Yahya a.s di langit kedua * Nabi Yusuf a.s di langit ketiga * Nabi Idris a.s di langit keempat * Nabi Harun a.s di langit kelima * Nabi Musa a.s di langit keenam * Nabi Ibrahim a.s di langit ketujuh Nabi dibawa melawat syurga, ramai penghuninya orang miskin harta.Nabi dibawa melawat neraka,ramai penghuninya orang perempuan. Nabi sampai di Sidratul Muntaha Sidratul Muntaha ialah distinasi terakhir yang boleh dilalui oleh Jibril. Jibril akan hangus terbakar sekiranya ia naik lebih tinggi dari tempat terakhir itu, justeru itu, Jibril mempersilakan nabi meneruskan perjalanan untuk bertemu Allah Subhanahu Wataala. Di Sidratul Muntaha Nabi bersua dengan sekumpulan orang yang wajahnya bersinar-sinar seperti cahaya. Mereka ialah orang-orang yang semasa hidup di dunia:Lidah dan hatinya sentiasa menyebut nama Allah. Sentiasa berulang - alik ke masjid kerana solat berjamaah, sehinggakan mereka merasa lebih berdukacita kerana tertinggal satu rakaat daripada berdukacita kerana hilang semua harta kekayaan dunia yang dia miliki dan sentiasa taat kepada ibu bapanya. Nabi meneruskan perjalanan bertemu Allah tanpa ditemani oleh Jibril dan Mikail Nabi memberi salam kepada Allah: التحيات المباركات الصلواة الطيبات لله Allah menjawab: السلام عليك ايها النبي ورحمة الله وبركاته Nabi menjawab: السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين Setelah bermusyahadah dengan Allah, Nabi Muhammad S.A.W. menerima perintah mendirikan solat Penerimaan Kaum Arab terhadap peristiwa Isra’ Mi’raj Peristiwa luar biasa yang berlaku pada diri Rasulullah pada malam itu benar-benar menjadi ujian kepada kaumnya. 3- PENUTUPPeristiwa Isra’ dan Mi’raj adalah bukti kekuasaan Allah yang Maha Agung untuk menguatkan lagi keimanan orang-orang yang beriman denganNya, dan betapa solat itu merupakan perintah Allah yang paling utama ke atas umatNya. Abudullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah (S.A.W) semasa berbicara tentang solat Baginda bersabda “ Pada hari kiamat solat akan menjadi cahaya (nur) kepada orang yang sentiasa memeliharanya; menjadi penghujjah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Dan sesiapa yang tidak memeliharanya maka tidaklah ada baginya cahaya, pembela dan penyelamat seksa, bahkan ia senasib dengan Firaun, Haman dan Ubai bin Halaf. Hadith riwayat Ahmad dan At Tabrani. Solat juga menjadi amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah dihari Akhirat kelak sebelum amalan-amalan yang lain. NISFU SYAABAN 1- PENGENALAN.Dikesahkan bahawa satu hari Nabi Isa a.s berjalan-jalan maka ia terpandang sebuah gunung yang sangat besar maka beliau pun mendakinya sehingga sampai pada sebuah batu yang sangat putih, lebih putih dari warna susu Apabila Nabi Isa a.s melihat batu itu, ia sangat kagum sehingga ia berpusing-pusing mengelilingi batu tersebut. Kemudian Allah s.w.t mewahyukan kepada beliau “Wahai Isa, adakah kamu mahu kalau aku tunjukkan yang lebih indah dan yang lebih mengkagumkan dari ini?” Maka berkata nabi Isa a.s. “ Ya, aku hendak melihatnya”. Setelah nabi Isa a.s berkata demikian maka Allah s.w.t. pun memecahkan batu yang besar itu dan sebaik sahaja batu itu pecah maka kelihatan seorang tua berjubah putih sedang solat, di sisinya ada sebatang tongkat dan setangkai buah anggur. Apabila nabi Isa a.s melihat keadaan orang tua itu begitu rupa maka dia pun bertanya “ Wahai Sheikh, apakah yang sedang kamu buat di sini ?”. Berkata Sheikh “ Inilah rezekiku yang Allah beri setiap hari”. Nabi Isa a.s bertanya lagi “ Sejak berapa lama kamu beribadat di sini ?. Sheikh menjawab “ Aku sudah berada di sini selama 400 tahun”. Kemudian nabi Isa a.s bermunajat kepada Allah s.w.t. “ Ya Allah !, adakah engkau telah mencipta sesuatu yang lebih hebat dari apa yang aku saksikan pada orang tua ini ?”. Allah mewahyukan kepada nabi Isa a.s. “ Wahai Isa, kalaulah umat akhir zaman (umat nabi Muhammad s.a.w.) menjumpai bulan Syaaban maka mereka mengerjakan solat Baraah pada malam pertengahannya ( malam nisfu Syaaban), niscaya solat itu lebih baik daripada ibadah hambaku ini selama 400 tahun”. Kemudian nabi Isa a.s berkata “Alangkah bahagianya diriku ini sekiranya aku dapat menjadi umat nabi akhir zaman”. ( umat nabi Muhammad s.a.w). 2- PENGERTIAN SYAABAN.( شعبان ) ش dimaknakan شرف ertinya kemuliaan ع dimaknakan علو ertinya ketinggian ب dimaknakan بر ِ ertinya kebajikan ا dimaknakan الف ertinya jinak ن dimaknakan نور ertinya cahaya a) Syarafun (Kemuliaan) Kemuliaan bulan Syaaban yang dikurniakan Allah kepada nabi Muhammad s.a.w adalah seperti kemuliaan darjat dan kejadiannya. Dengan sebab itu Syaaban adalah bulan nabi Muhammad. Dalam bulan Syaaban dikurniakan pahala ibadat sampai 700 kali ganda, bulan dikurniakan keampunan bagi orang yang memohon taubat terutama pada malam pertengahannya. b) Uluwun (Ketinggian) Ketinggian darjat iman dikurniakan Allah kepada orang yang berpuasa dan beribadat di bulan Syaaban yang mulia dan dikurniakan juga ketinggian darjat di hari akhirat dengan balasan syurga kerana memuliakan bulan Syaaban dengan mengerjakan amalan-amalan yang terpuji di dalamnya. c) Birrun (Kebajikan) Melakukan amal kebajikan dalam bulan Syaaban dijanjikan oleh Allah dengan kebajikan yang lebih besar di sisi Allah, mereka akan diberi kedudukan yang sangat tinggi di dalam syurga di akhirat kelak. d) Ulfun (Jinak) Kejinakan hati seseorang melakukan ibadah dengan penuh taqwa dalam bulan Syaaban dijanjikan rahmat dan keampunan yang amat banyak daripada Allah. Syaaban adalah bulan mendampingi dan menjinakkan diri dengan Allah melalui ibadat-ibadat fardhu dan sunat e) Nurun (Cahaya) Melakukan ibadah dengan penuh taqwa dalam bulan Syaaban menghasilkan cahaya iman dari Allah kepada hambanya. Cahaya ibadat hambanya yang dikurniakan Allah itu akan menjadi penyelamat di hari akhiran kelak. 3- AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN Berkata Imam Syahrurazi Sohiba ‘Awariful Maarif. Apabila telah selesai solat maghrib hendak dibaca Yasin dengan niat mohon panjangkan umur dalam mentaati perintah Allah kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat diluaskan oeh Allah rezekinya yang halal dan diberkati kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan Yasin dengan niat supaya Allah matikan dalam iman (Husnul Khotimah) kemudian dibacakan doanya. Selain daripada itu perbanyakkanlah membaca bacaan-bacaan berikut: 1. Penghulu Istighfar اللهم انت ربى, لااله انت خلقتنى , انا عبدك , وانا على عهدك , ووعدك ما استطعت , اعوذبك من شرما صنعت , ابوء لك بنعمتك على , وابوء بذنبى , فاغفرلى , فانه لا يغفر الذنوب الا انت . 2. Mohon keampunan dua ibubapa رب اغفرلى ولوالدى وارحمهما كما ربيانى صغيرا 3. Mohon taubat dan keampunan diri استغفر الله العـظيم واتوب اليه . 100 كالي 4. Membaca Al-Quran 5. Membaca Tasbih seperti: a) سبحان ربى الاعلى وبحمده b b) سبحان الله وبحمده سبحان الله العظـيم c) سبحان الله والجمد لله ولا اله الا الله والله اكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلى العظيم 6. Membaca Selawat kepada Nabi اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم 4- KELEBIHAN BULAN SYAABAN Maksud Hadith : Daripada Nabi Muhammad s.a.w, sesungguhnya bersabda: “Keistimewaan Bulan Syaaban adalah mengatasi segala bulan, sebagaimana keistimewaan para nabi dan Bulan Ramadhan adalah mengatasi keistemawan segala bulan. Sebagaimana Allah memberi keistimewaan kepada hamba-Nya” 1. Sabda Nabi s.a.w. Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kebaikan bulan Syaaban atas segala bulan adalah seperti kelebihanku atas kamu. Al-Hadith 2. Barang siapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan oleh Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan kepada nabi Allah Yusuf a.s di dalam syurga , diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayub dan nabi Daud. Jika sempurnakan puasanya sebulan dalam bulan Syaaban , dimudahkan baginya oleh Allah Sakaratul Maut dan ditolak baginya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan baginya huru-hara Munkar dan Nakir, ditutup oleh Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan ke atasnya syurga. Al-Hadith 3. Barang siapa berpuasa pada awal hari Khamis dalam bulan Syaaban dan akhir hari Khamis dalam bulan itu., dimasukkan dia ke dalam syurga. . Al-Hadith 4. Berkata Siti Aisyah r.a. Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w ialah bulan Syaaban. . Al-Hadith 5. Sabda Nabi s.a.w. Syaaban adalan bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikannya (rohani dan jasmani) . Al-Hadith 6. Sabda Nabi s.a.w. Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban kemudian dia berselawat kepadaku beberapa kali sebelum berbuka, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezeki baginya. Dan berkata Rasululah s.a.w lagi bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu 300 pintu rahmat. Al-Hadith Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban enam golongan manusia: a. Orang yang kekal minum arak b. Orang yang durhaka kepada ibu bapa c. Orang yang kekal dalam zina d. Orang yang banyak berkelahi e. Orang yang bersumpah palsu dalam jualannya f. Orang yang mengadu domba 7. Riwayat daripada Abil ‘Asi. Sabda Rasulullah s.a.w. Pada malam Nisfu Syaaban setelah berlalu 1/3 malam Allah Taala turun ke langit dunia lalu berfirman; Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya. Adakah orang-orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya. Adakah orang-orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki dan perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Al-Hadith 8. Sabda Nabi s.a.w. Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Al-Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihanku atas segala ambia’. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. Al-Hadith 9. Bulan Syaaban, keagungan malamya pada malam Nisfu Syaaban seperti mana keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata; Angkatlah kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 300 rahmat dan diampunkan sekalian orang yang tiada menyekutukannya (syirik) denganNya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibu bapa. Al-Hadith 10. Sabda Nabi s.a.w. Allah menilik hambanya dimalam Nisfu Syaaban maka diampunkan segala dosa makhluknya melainkan dosa orang syirik dan dosa orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |